Penanaman markisa menggunakan biji benih dari buah
yang cukup masak. Biji benih markisa diambil dari buah masak yang disimpan 1-2
minggu sebelum dikeluarkan bijinya. Biji ini perlu dibersihkan dan dibiarkan
beberapa hari sebelum disemai. Biji akan bercambah dalam2-3 minggu dan bersedia
untuk diubah apabila mencapai ketinggian 22-25 cm. Penanaman pokok markisa
didalam lubang yang telah di berikan baja organik dan sebaiknya mempunyai
sistem pengairan yang sempurna. Pokok markisa memerlukan kayu penyokong untuk
menjalar dan menghasilkan bunga dan buah. Jarak penanaman sekitar 2 meter x 3
meter dibawah sistem para yang dibina. Kerja melilit pokok markisa diperingkat
awal adalah perlu. Buat cantasan pembentukkan pada batang yang menjalar diatas
tanah kalau terlalu banyak tunas baru.
Pokok markisa mula berbunga selapas 9 bulan-1 tahun selepas ditanam
bergantung kepada amalan agronomi dan varieti yang ditanam. Buah markisa yang
masak akan dituai apabila mencapai tahap kematangan 75% apabila warna kulit
buah bertukar kepada warna kuning atau ungu. Buah yang masih muda lazimya
berwarna hijau, bulat dan berkilat dengan ada keputihan sedikit. Buah yang
terlalu masak tidak sesuai untuk pasaran ekspot kerana sudah agak lembik dan
tidak tahan lama. Sebaiknya elakkan buah daripada gugur diatas tanah dan
dibiarkan kerana ianya akan menyebabkan lalat buah bertelur dan membiak dengan
lebih banyak. Buah dengan garispusat 6-8 cm dengan warna kuning atau ungu
sesuai dipetik, dibersihkan dibuat grading dan dimasukkan kedalam kotak. Baja
organik kebiasaannya digunakan sebanyak 250 – 300 gram sepokok dan bubuh baja
NPK 15:15:15 pada peringkat vegetatif. Serangan ulat makan daun dan layu
bakteria kadang-kadang berlaku pada tanaman markisa. Buah yang muda berwarna
hijau berkilat dan mengandungi rasa sangat masam. Buah masak akan menjadi warna
kuning, oren atau merah saga mengikut jenis markisa. Buah mengandungi biji yang
lonjong dan varieti tempatan agak masam berbanding dengan varieti impot yang
agak lebuh manis. Buah markisa sesuai dimakan segar, dibuat jus minuman atau
dijadikan kordial markisa yang mendapat pemasaran yang baik.
Nanas merupakan salah satu di antara sembilan jenis buah-buahan yang diberi keutamaan untuk dimajukan di bawah Dasar Pertanian Negara ke Tiga. Kebanyakan nanas yang ditanam di negara ini dibahagi kepada dua kategori iaitu jenis nanas untuk tujuan pemprosesan (kaleng) dan jenis yang ditanam segar.

Tahukah anda? Apakah carian yang paling popular mengenai kacang
tanah? Antara 9 kata carian mengenai kacang tanah yang orang ingin tahu
ialah mengenai kacang tanah goreng pedas, kacang tanah goreng bersalut tepung,
kacang tanah goreng berempah, kacang tanah kalori, kacang tanah penyebab
jerawat, kacang tanah untuk ibu hamil, kacang tanah sambal dan juga biskut
kacang tanah. Jarang sekali orang ingin tahu panduan atau bagaimana menanam
kacang tanah.
Secara ringkas, biji benih yang disyorkan bagi penanaman
adalah 60kg/ha di mana jarak jarak tanaman yang digunakan ialah lebih kurang 50
sm x 10 sm, sebiji selubang dengan kepadatan 200,000 pokok /hektar. Hasil
kacang tanah boleh dikutip antara di antara 90 dan 110 hari selepas ditanam
bergantung kepada varieti yang ditanam. Sesetengah varieti boleh dikutip seawal
2 setengah bulan dan Anggaran hasil adalah tiga hingga 4 tan sehektar
SAKIT TEKAK
(TONSIL)
Jika anda sakit tekak atau tonsil, kupas bersih sebiji nenas muda dan rendamkan ke dalam air garam semalaman. Seterusnya, kisar sehingga lumat nenas tadi dan tapis. Minum perahan ini sehingga habis dua hari sekali sehingga sembuh.
Untuk meredakan kesakitan akibat kencing batu karang, kupas bersih buah nenas yang separuh masak. Kisar, tapis dan minum sekali setiap hari. Hampasnya pula, tempekkan ke bahagian ari-ari atau ke tempat yang sakit untuk menyejukkannya. Selain itu, jus nenas ini juga dipercayai dapat membantu mengubati masalah jangkitan pada salur kencing.
Kiranya gusi anda bengkak mungkin kerana jangkitan atau luka tetapi bukan kerana sakit gigi, tampalkan pada bengkak umbut nenas yang ditumbuk lumat dengan garam. Ganti tempekan lama dengan yang baru mengikut keadaan.
Untuk mengubati sembelit atau masalah panas dalam perut, minum air rebusan setengah biji buah nenas muda bersama air tiga biji buah kelapa muda. Rebus sehing¬ga masak, tapis dan minum segelas dua kali sehari.
Jika anda masih muda tetapi rambut sudah mulai beruban, cubalah petua berikut. Campurkan 200 cc jus buah nenas manis, 100 cc santan kelapa dan 100 cc jus pera¬han limau purut. Lumurkan ke seluruh rambut dan biarkan selama yang termampu sebelum mencucinya. Di masa yang sama, jangan gunakan apa-apa minyak rambut yang mengandungi bahan kimia. Sebaliknya, gunakan minyak kelapa atau minyak lenga.
Bagi mengubati masalah tekanan darah rendah, masak 60 gram isi ayam bersama 250 gram nenas ranum (potong halus). Tambah garam mengikut selera dan makan de¬ngan nasi. Amalkan menu ini sehingga tekanan darah kembali normal.
Untuk menyejukkan badan di hari yang panas terik makanlah sepotong nenas manis dengan bercicah garam atau kicap masin. Amalan ini juga baik untuk membantu proses pencernaan. Khabarnya pula, jika ianya dimakan di waktu malam hari, ia meningkatkan syahwat.
Untuk menghentikan seduan, rebus sehelai daun pokok nenas (pilih yang paling pan- jang) dalam dua liter air. Tapis dan setelah suam, cuba minum sehingga habis sebaik- baiknya dalam satu nafas.
Wanita yang mengandung ditegah dari makan nenas muda kerana dikuatiri akan mencacatkan bayi dalam kandungan. Tetapi jika sudah mengidam, carilah buah nenas yang betul-betul masak atau ranum. Namun jangan makan terlalu banyak. Mereka yang mempunyai masalah ulser dalam perut atau gastrik juga dinasihatkan jangan makan nenas yang bersifat tajam. Terlalu banyak makan nenas juga boleh menyebabkan sakit kepala dan menyempitkan salur kencing
.
Jenis
Sayur-sayuran
Sayuran boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan yang pertama terdiri
daripada sayuran jenis daun. Sayuran jenis daun seperti kangkung, bayam, cekur manis
(asing-asing) dan yang lainnya akan memberikan unsur-unsur mineral, seperti
besi dan kalsium. Sayuran ini juga membekal- kan vitamin A dan vitamin C.
Sayuran jenis daun hijau muda, seperti kubis, sawi hijau dan kai lan juga
membekalkan zat-zat makanan yang sama.
Kumpulan yang ke-2 terdiri daripada sayuran jenis
buah. Contoh-contoh yang biasa termasuklah terung, cili, tomato, timun, peria,
labu dan berbagai-bagai jenis kekacang. Buah yang berwarna merah, kuning atau
oren akan membekalkan vitamin A. Semua sayuran dalam kumpulan ini akan
memberikan mineral-mineral dan vitamin-vitamin yang menyedapkan lagi rasa
makanan.
Contoh-contoh sayuran kekacang antaranya ialah kacang botor/kelisa, kacang panjang, kacang buncis, kacang soya dan kacang hijau. Sayuran ini sangat penting kerana di samping mengandungi zat-zat makanan yang lain, ia juga banyak mengandungi protein. Dengan demikian sayuran jenis ini mustahak dimakan jika sumber protein yang lain, seperti daripada ikan, daging dan telur berkurangan dalam hidangan seharian. Sayuran kekacang ini juga banyak membekalkan vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan badan.
Contoh-contoh sayuran kekacang antaranya ialah kacang botor/kelisa, kacang panjang, kacang buncis, kacang soya dan kacang hijau. Sayuran ini sangat penting kerana di samping mengandungi zat-zat makanan yang lain, ia juga banyak mengandungi protein. Dengan demikian sayuran jenis ini mustahak dimakan jika sumber protein yang lain, seperti daripada ikan, daging dan telur berkurangan dalam hidangan seharian. Sayuran kekacang ini juga banyak membekalkan vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan badan.
Kumpulan yang ke-3 ialah sayuran jenis akar. Ini
termasuk lah jenis ubi seperti ubi keledek, ubi keladi, ubi kayu, lobak,
karot dan sebagai lagi. Ubi yang berwarna putih membekalkan karbohidrat yang
penting untuk menghasilkan tenaga. Jenis ini juga banyak memberikan vitamin dan
mineral. Ubi yang berwarna kuning, seperti karot dan ubi keledek, di samping
membekalkan tenaga, juga banyak membekalkan vitamin A.
Kumpulan yang ke-4 terdiri daripada sayuran jenis
bunga seperti kubis bunga dan brokoli. Penggunaan sayuran ini semakin meningkat
di kalangan penduduk Malaysia. Ia biasanya ditanam di kawasan dataran tinggi
dan berhawa dingin. Kebanyakan sayuran kubis bunga dan brokoli masih diimport
dari Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, baru-baru
ini usaha telah dibuat untuk menggalakkan penanaman sayuran jenis ini di
kawasan dataran rendah. Beberapa varieti yang sesuai dengan suhu panas, iaitu
jenis yang boleh berbunga dalam suhu tersebut telah dikenal pasti untuk panduan
para pekebun. Biji benih varieti ini boleh diimport dari Taiwan, Jepun,
Australia dan Holland.
0 komentar:
Posting Komentar